Friday 24 June 2011

SINETRON PEJANTAN CANTIK

Agnes Monica merupakan artis yang serba boleh. Selain menyanyi, menari dan mencipta lagu, Agnes juga berkebolehan besar di dalam dunia lakonan. Sinetron-sinetron yang pernah dilakonkan oleh Agnes Monica yang pernah ditayangkan di stesen-stesen TV di Malaysia adalah seperti Pernikahan Dini, Ku T'lah Jatuh Cinta dan Kahwin  Muda. Mulai malam ini, sinetron yang dilakonkan oleh Agnes Monica yang berjudul 'Kahwin Masal' mulai ditayangkan di stesen TV berbayar di Malaysia iaitu Astro Ria. Sinetron Kahwin Masal ini pernah ditayangkan di RCTI di sekitar tahun 2008.

Sinetron terbaru Agnes Monica pada tahun 2011 adalah sinetron  'Pejantan Cantik' dan telah ditayangkan di Indosiar pada hujung Disember tahun 2010 hingga Januari 2011. Sinetron ini cuma 15 episod sahaja dan kesudahan cerita sinetron ini disambung dalam sinetron 'Marisa' yang dikenali juga sebagai sinetron Pejantan Cantik 2. 

Sinetron Pejantan Cantik


ADEGAN PERKAHWINAN DIDALAM PEJANTAN CANTIK EPISOD 15


ADEGAN AKHIR DALAM PEJANTAN CANTIK EPISOD 15

No comments:

Post a Comment